Berita Harian
2010/03/14
ALOR SETAR: Budaya berkahwin lewat yang menjadi amalan wanita khususnya yang berkerjaya pada zaman ini menjadi antara punca peningkatan statistik jumlah kelahiran anak sindrom down di negara ini.
Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Datuk Mukhriz Mahathir, berkata tranformasi terhadap tahap pendidikan wanita Malaysia termasuk masyarakat Melayu yang bertambah baik ketika ini mendorong trend berkahwin lewat di kalangan golongan berkenaan.
Beliau berkata, tanpa disedari budaya itu mempunyai kesan sampingan terhadap tahap kesuburan termasuk kebarangkalian melahirkan anak sindrom down. "Ketika ini kadar wanita berumahtangga pada usia menjangkau lebih 30 tahun agak ketara mungkin disebabkan perubahan terhadap tahap pendidikan wanita di negara ini yang semakin baik. Buktinya ketika ini ramai penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah golongan berkenaan.
"Justeru, senario yang berlaku ketika ini akan menyebabkan tercetusnya trend berkahwin lewat di kalangan wanita Malaysia sehingga menjangkau usia lebih 30 tahun," katanya.
"Bagi yang berumahtangga dalam usia 30an, ia memungkinkan mereka memperoleh zuriat ketika berumur 40 tahun dan ini boleh menyebabkan kemungkinan anak yang dilahirkan mengalami sindrom down," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Beramah Mesra bersama PSDM Kedah, di sini semalam.
Hadir sama, Presiden PSDM, Ir Wan Mohd Hanizam Wan Ramlan dan Presiden PSDM Kedah, Dr Norlida Mansor.
Sementara itu, Mukhriz berkata, pendedahan itu bukan bertujuan menakut-nakutkan wanita supaya berkahwin cepat, tetapi sebagai penjelasan berhubung punca berlaku peningkatan jumlah kanak-kanak sindrom down di Malaysia.
"Kenyataan ini dibuat selepas membaca artikel berhubung kadar kesuburan wanita Malaysia," katanya.
Sebagai Penaung PSDM, saya bercakap atas dasar peningkatan terhadap statistik kelahiran anak sindrom down di negara ini," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down mengenepikan rasa rendah diri dan malu untuk menghantar anak mereka ke premis dan pusat penjagaan yang mampu memberi pendidikan terhadap waris dan kanak-kanak istimewa berkenaan.
Beliau berkata, dengan wujudnya pusat pendidikan yang lebih sistematik, ibu bapa dan waris akan diberi pendedahan yang lebih khusus untuk memudahkan mereka memahami kehendak anak sindrom down.
"Mungkin kurang pendedahan menyebabkan ibu bapa tidak tahu saluran untuk menghantar anak sindrom down mendapat pendidikan sewajarnya atau mungkin perasaan malu atau senang dengan didikan sendiri menyebabkan waris bertindak demikian.
"Justeru, kerajaan melakukan pelbagai inisiatif termasuk memberi elaun RM150 kepada kanak-kanak istimewa (OKU) yang mendaftar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau kendalian JKM. Namun masih ramai yang tidak berdaftar," katanya.

1 comment:
Salam.
Saya tak meragui artikel ini cuma ingin berkongsi maklumat bahawa umur bukan jadi penentu kepada anugerah anak istimewa SD ini.. terimalah seadanya atas AnugerahNYa satu amanah..
TQ
Post a Comment